Friday, July 18, 2008

Kuliah Minggu 6: 21 - 25 Julai 2008

Salam sejahtera...

Kuliah PJM3102 Pergerakan Asas bagi kelas 2 PISMP SN1 & MT tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana saya terlibat dengan Program Pendidikan Luar PISMP MT (R) Ambilan Januari 2006 pada 21 - 24 Julai 2008 di Pulau Sibu, Mersing. Justeru itu, anda dikehendaki menyiapkan TUGASAN INDIVIDU (Pergerakan Asas) anda pada tarikh kuliah seperti berikut:-

1. Kelas 2 PISMP SN 1 - 21 & 22 Julai 2008
2. Kelas 2 PISMP MT - 23 & 25 Julai 2008

Anda dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 40% daripada keseluruhan tugasan yang diberi. Sesi KOLABORASI akan diadakan pada MINGGU 7 (28/7 - 1/8/2008). Kegagalan anda untuk menyiapkan 40% tugasan anda akan membawa kepada pemotongan markah SAHSIAH anda.

Sementara itu, bagi kumpulan-kumpulan yang masih belum menyelesaikan sesi pembentangan p&p pergerakan asas, semua sesi pembentangan tersebut akan dijalankan pada MINGGU 7.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, July 8, 2008

Penstrukturan Jadual Kuliah PJM3102 Pergerakan Asas (Minggu 5: 14-18/7/2008)

Salam sejahtera...

Perhatian kepada kelas 2 PISMP Sains 1 & Matematik..

Pada minggu hadapan 14, 16 & 17 Julai 2007 saya terlibat dengan Kursus Induksi Pensyarah Baru Siri 3 di Malaysia Productivity Corporation (MPC) Johor Bahru. So, kelas 2 PISMP Sains 1 pada 14/7/08 & kelas 2 PISMP Matematik pada 16/7/08 dijalankan secara AKSES KENDIRI. Anda dikehendaki membuat persiapan bagi pembentangan sesi p&p Pergerakan Asas yang diberikan pada tarikh kuliah 14 & 16/7/2008 tersebut. (Sila rujuk Tugasan 2 yang diberi pada 5/7/2008). Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada KO kelas anda.

Berikut adalah jadual kuliah kelas PJM3102 Pergerakan Asas bagi Minggu ke-5: 14-18/7/2008.

1. Kelas PJM3102 2 PISMP Sains 1 pada 15/7/2008
2. Kelas PJM3102 2 PISMP Matematik pada 18/7/2008

Kelas pada tarikh yang dinyatakan di atas, anda dikehendaki membentangkan sesi p&p Pergerakan Asas bagi Tugasan 2 yang diberikan.

Sekian, harap maklum...

Saturday, July 5, 2008

Tugasan 2 - Independent Student Learning (ISL)

Tugasan 2 (Independent Student Learning - ISL)

2 PISMP Sains 1 & Matematik
Minggu 4: 7 - 11 Julai 2008

Arahan:-
1. Dalam kumpulan 4/5 orang rancang satu rancangan pelajaran harian 30 minit. (Dapatkan daripada saya contoh rancangan mengajar tersebut)
2. Isi pelajaran - Pergerakan lokomotor, bukan lokomotor & manipulasi alatan. (Anda boleh memilih sama ada ingin mengajar pergerakan lokomotor, bukan lokomotor atau manipulasi alatan. Pilih satu sahaja isi pelajaran untuk sesi p & p tersebut)
3. Anda dikehendaki mengajar menggunakan rancangan pelajaran tersebut & rakan-rakan anda akan menjadi pelajar dalam sesi p & p itu.
4. Sesi p & p akan dijalankan pada MINGGU 5 iaitu 14-18 Julai 2008.

Sekian, harap maklum.

Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (2 PISMP Matematik)

Persembahan pergerakan LOKOMOTOR dan BUKAN LOKOMOTOR oleh pelajar-pelajar 2 PISMP/PPPRPET Pengajian Matematik.



Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Lelaki)


Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Perempuan)

Wednesday, July 2, 2008

Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (2 PISMP Sains 1)

Persembahan pergerakan LOKOMOTOR dan BUKAN LOKOMOTOR oleh pelajar-pelajar 2 PISMP/PPPRPET Pengajian Sains 1.


Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Lelaki)



Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor (Perempuan)


Selamat Datang Ke Blog PJM3102 Pergerakan Asas

Assalamualaikum & selamat sejahtera....

Selamat Datang Ke Blog PJM3102 Pergerakan Asas. Blog ini akan membincangkan tentang subjek PJM3102 Pergerakan Asas. Justeru itu, anda digalakkan untuk menyumbangkan idea-idea bagi memantapkan lagi blog ini. Sebarang pertanyaan bolehlah emailkan ke pjm_3102@yahoo.com. Happy blogging..........

Admin PJM3102