Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...







Sir lump mud hurry rare year ideal fit tree moo lee year… ma half za hair bar ten… 2 loose dairy hearty young eek class...

Ikhlas daripada En. Zairi, Pn. Julia, Nurul Nabihah Najwa, Nurin Hamizah & Nur 'Aqilah Damia.

Friday, September 19, 2008

Independent Student Learning (ISL)


Salam sejahtera...


Semua 2 PISMP Matematik.

1. 24/9/2008 (Rabu 7.45 - 10.45 pg)
2. 25/9/2008 (Khamis
3.30 - 4.30 ptg)
3. 26/9/2008 (Jumaat
10.15 - 12.15 t/hari)

Kuliah pada tarikh-tarikh di atas anda dikehendaki berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan berdasarkan daripada pengelolaan permainan kanak-kanak kumpulan-kumpulan lain. Komen anda mestilah merangkumi aspek-aspek ini:-

1. Pengurusan dan kawalan.

a. Persekitaran permainan.

b. Persekitaran pelaksanaan permainan.

c. Motivasikan peserta.

d. Disiplin peserta.

e. Arahan dan kepatuhan peserta.


2. Kawalan, peralatan, kawasan dan peserta.

a. Bilangan peralatan

b. Kedudukan peralatan.

c. Keadaan peralatan.

d. Penggunaan alatan.

e. Keadaan kawasan.

f. Aktiviti sebelum mengambil bahagian.

g. Kesihatan peserta.


3. Pengelolaan permainan.

a. Persediaan awal.

b. Pengenalan.

c. Penerangan dan demonstrasi.

d. Pelaksanaan prosedur permainan.

e. Kefahaman dan keyakinan.

f. Kemahiran dan kebijaksanaan.

g. Menyeronokkan.

h. Tindak balas dan respons peserta.

i. Penyampaian.

j. Idea dan kreativiti.


Dapatan ini akan dibentangkan di dalam kelas pada 30 & 31 Oktober 2008.

P/s: Mustaffa sila pastikan kelas pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas dipatuhi.

Tuesday, September 16, 2008

Amali Permainan Kanak-Kanak 2 PISMP SN1 (Kumpulan 2)






















Gambar-gambar sekitar amali permainan kanak-kanak 2 PISMP SN1 - Kumpulan 2 terdiri daripada Fatin Najiha, Noorsyafiqah, Nur Diana dan Norhamizan.

Monday, September 15, 2008

Permainan Kanak-Kanak (2 PISMP MT - Kumpulan 2)







Video Permainan Kanak-Kanak Kumpulan 2

Amali Permainan Kanak-Kanak 2 PISMP SN1 (Kumpulan 1)







Gambar-gambar sekitar amali permainan kanak-kanak 2 PISMP SN1 - Kumpulan 1 terdiri daripada Mohd Iqbal, Mohd Kamil Ihsan, Mohd Hafiz dan Mohamad Shahreen.

Wednesday, September 3, 2008

Penstrukturan Jadual Minggu 12 (1-6 Sept 2008)

Salam sejahtera...

Kepada semua pelajar 2 PISMP Sains dan Matematik... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini akan memotivasikan diri kita agar lebih baik lagi daripada hari-hari sebelumnya. Di samping itu juga saya ingin mengucapkan selamat kembali semula ke IPTI setelah seminggu anda mengharungi PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di sekolah-sekolah pilihan masing-masing. Semoga seminggu yang diberikan kepada anda sedikit sebanyak membantu anda menimba pengalaman di sekolah secara first hand experience.

Di sini saya ingin menstruktur semula jadual p & p kita pada minggu ini kerana terdapat sedikit perubahan di peringkat pentadbiran. Berikut adalah struktur jadual kuliah pada minggu ini. Diharap KO & PKO mengambil tindakan proaktif selepas pengumuman ini.

1. Isnin & Selasa (1-2/9/2008) - Cuti Awal Ramadhan dan Cuti Berganti Hari Kemerdekaan yang jatuh pada hari Ahad 31/8/2008.
2. Jadual hari Khamis akan dibawa ke hari Jumaat dan jadual hari Jumaat akan dibawa ke hari Khamis.
3. Hari Sabtu 6/9/2008 adalah hari kuliah seperti biasa menggunakan jadual hari Rabu. Kuliah berganti ini bagi menggantikan cuti Hari Deepavali pada 29/10/2008.
4. Semua pembentangan TGfU (Permainan kanak-kanak) untuk kedua-dua kelas akan bermula pada Minggu 13 (7-12/9/208).
5. Semua kertas kerja tugasan Pergerakan Asas (Individu) tarikh akhir serahan adalah pada hari Jumaat 12/9/2008 dan tarikh akhir serahan kertas kerja tugasan Permainan Kanak-Kanak adalah pada hari Jumaat 26/9/2008.

Segala pertanyaan sila hubungi saya segera. Terima kasih dan harap maklum.