Friday, July 18, 2008

Kuliah Minggu 6: 21 - 25 Julai 2008

Salam sejahtera...

Kuliah PJM3102 Pergerakan Asas bagi kelas 2 PISMP SN1 & MT tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana saya terlibat dengan Program Pendidikan Luar PISMP MT (R) Ambilan Januari 2006 pada 21 - 24 Julai 2008 di Pulau Sibu, Mersing. Justeru itu, anda dikehendaki menyiapkan TUGASAN INDIVIDU (Pergerakan Asas) anda pada tarikh kuliah seperti berikut:-

1. Kelas 2 PISMP SN 1 - 21 & 22 Julai 2008
2. Kelas 2 PISMP MT - 23 & 25 Julai 2008

Anda dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 40% daripada keseluruhan tugasan yang diberi. Sesi KOLABORASI akan diadakan pada MINGGU 7 (28/7 - 1/8/2008). Kegagalan anda untuk menyiapkan 40% tugasan anda akan membawa kepada pemotongan markah SAHSIAH anda.

Sementara itu, bagi kumpulan-kumpulan yang masih belum menyelesaikan sesi pembentangan p&p pergerakan asas, semua sesi pembentangan tersebut akan dijalankan pada MINGGU 7.

Sekian, harap maklum.

No comments: