Wednesday, September 3, 2008

Penstrukturan Jadual Minggu 12 (1-6 Sept 2008)

Salam sejahtera...

Kepada semua pelajar 2 PISMP Sains dan Matematik... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini akan memotivasikan diri kita agar lebih baik lagi daripada hari-hari sebelumnya. Di samping itu juga saya ingin mengucapkan selamat kembali semula ke IPTI setelah seminggu anda mengharungi PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di sekolah-sekolah pilihan masing-masing. Semoga seminggu yang diberikan kepada anda sedikit sebanyak membantu anda menimba pengalaman di sekolah secara first hand experience.

Di sini saya ingin menstruktur semula jadual p & p kita pada minggu ini kerana terdapat sedikit perubahan di peringkat pentadbiran. Berikut adalah struktur jadual kuliah pada minggu ini. Diharap KO & PKO mengambil tindakan proaktif selepas pengumuman ini.

1. Isnin & Selasa (1-2/9/2008) - Cuti Awal Ramadhan dan Cuti Berganti Hari Kemerdekaan yang jatuh pada hari Ahad 31/8/2008.
2. Jadual hari Khamis akan dibawa ke hari Jumaat dan jadual hari Jumaat akan dibawa ke hari Khamis.
3. Hari Sabtu 6/9/2008 adalah hari kuliah seperti biasa menggunakan jadual hari Rabu. Kuliah berganti ini bagi menggantikan cuti Hari Deepavali pada 29/10/2008.
4. Semua pembentangan TGfU (Permainan kanak-kanak) untuk kedua-dua kelas akan bermula pada Minggu 13 (7-12/9/208).
5. Semua kertas kerja tugasan Pergerakan Asas (Individu) tarikh akhir serahan adalah pada hari Jumaat 12/9/2008 dan tarikh akhir serahan kertas kerja tugasan Permainan Kanak-Kanak adalah pada hari Jumaat 26/9/2008.

Segala pertanyaan sila hubungi saya segera. Terima kasih dan harap maklum.

No comments: